Followers

Thursday 18 August 2016

:: cerita kedai spek:: "adik bukan tokse buat, adik susah nak tengok cikgu"



anak pemalas dan anak mempunyai mata malas adalah sesuatu yang berbeza yer.. tindakannya juga berbeza

bulan lepas ada seorang ibu datang bawa anak dia yang darjah satu.. dia bagi tau anak dia MALAS membaca. cikgu pun selalu komplen keje sekolah tak pernah siap.. suruh salin kat papan hitam dia salin separuh jer.

datang cek mata ni pun setelah dipaksa oleh cikgu (alhamdulillah dapat cikgu yang concern).

"adik bukan tokse buat, adik susah nok tengok cikgu" kata adik tu lepas mak dia membebel kata dia malas..

adik ni cakap susah nak tengok cikgu. mungkin dia tak pandai nak bagitahu yang dia sebenarnya kabur@rabun

setelah disoal siasat sikit dan pemeriksaan dilakukan.. tenyata adik ni ada rabun.. sikit je power mata dia R-100 L-150 tapi boleh beri kesan yang agak besar.. tahap penglihatan (VA) mata kiri tak dapat baca tulisan kecik.. terus saya plan rawatan untuk bantu dia.

setelah sebulan pakai spek dan terapi sikit.. 2 hari lepas dia datang buat rawatan susulan.. alhamdulillah ada peningkatan pada penglihatan mata kiri dia. jadi saya mintak dia teruskan sikit lagi terapi.. insyaAllah mata dia boleh pulih hingga tahap terbaik.

Mak dia pun happy dah sikit bila tengok keje sekolah anak dia siap. dia stop terus bagi suplemen.. sebelum ni macam2 vitamin n pil dia beli bagi anak dia makan nak suruh rajin.. pil IQ plus, pil minda cerdas, pil anak bijak.. macam macam la dia sebut.. hehe.. mati2 dia ingat anak dia malas, rupa rupanya mata tak nampak.

bagi saya pulak, ini adalah KEPUASAN.. boleh bantu orang melihat dengan lebih baik memberi satu perasaan yang macam menang pingat emas Olympic (being exaggerate here..kihkih)

esok saya cerita apa itu mata MALAS @ AMBLYOPIA


No comments:

Post a Comment