Followers

Thursday 4 August 2016

:aidilfitri 2016:: raya pertama ~ syoknyer beraya


apa khabar semua

raya dah habis baru terkedek kedek nak wat entry

orang kata 'better late than never' kan
jadi marilah kita gighkan diri upload n publish

nanti senang nak mengimbau masa lalu
nak cari gambar pun lebih senang
tu la fungsi kita simpan kenangan kat blog.. kan kan?
kita kasi up pic raya pertama dulu
nampak macam banyak gambar
cuma yang proper jer takde

pastu jenis spesis yang susah nau nak bergambar
tak kira kecik ke besar

gambar full satu family pun takde
sebabnyer macam tahun tahun lepas jugak
awal sangat sedara mara datang ziarah
kita baru jer balik masjid
dia dah tercongok dah depan rumah kita
tuan rumah belum sempat makan n salam2 pun..hehe

orang dah datang kena la layan
tak kan pulak nak wat donno jer..hehe

masa ni la nak bertanya khabar
setahun sekali jer jumpa

gambar tak tersusun
kurang gigih pulak nak susun atur dia


mak cik n anak2 buah nya.. 14 orang yer anak buah-buahan saya ni
tu yang lelaki anak sdara sulung



sapa ada anak kecik mesti faham camner cabaran nak bergambar ngan diorang ni


last sekali muka redha jer masing2.. bertabah lah nak dapat mak gila kamera camni


kakak ipar buat kek coklat moist ni.. sekelip mata lesap
delicious!!
dia buat juga brownies.. yang ni lagi lah.. gambar pun tak sempat ambik

kakak ipar saya tokey kek n biskut


ni anak buah paling kecik


amna nafeesa 


sekarang dah 7 bulan.. sibuk dah nak meniti sofa
tuan kecik jer.. menurun genetik mama dia
tapi melasak dia kalah baby boy


tengoklah ni.. 
macam macam gaya ada



mmmmuaah.. sayang dia



ni hero kesayangan
dulu kecik2 berkepit jer ngan mok cik
ikut jer g mana-mana

sekarang dah besar sikit
pegi nak ambik dia kat rumah pun dah tak mau ikut
eksen dah


tudung pink tu tokey kek.. area bachok memang tersohor lah kek dia
cakap jer nak kek apa
dia boleh buat n hantar terus ke depan tangga rumah


ada la jugak gambar ngan mom n dad


sekerat sekerat camni lah boleh ambik gambar
nak setting biar semua sekali ada memang tak lah

saya adik beradik ada 10.. campur ipar duai
anak buah 14

akhirnya sorang kehulu sorang kehilir
tak mampu den nak suruh duduk diam ambik gambar famili


kat tangga pun boleh


yang belakang tu rancak bercerita
jenuh panggil suh pandang kamera




rumah first.. rumah Mok
kakak kepada ayah saya.. 


rumah Mok paling dekat.. jalan kaki jer
haruslah jadi rumah pertama yang diterjah
kalau pegi lambat2 kang sentap plak dia..hehe
hati orang tua ni kita kena jaga
ingat jasa dia dulu2 kat kita



balik rumah Mok
sempat singgah beraya ngan kambing



kesian kambing.. raya ke tak raya
rumput jugak jadi hidangannyer.. kih kih kih


wit my sisters


ya.. kami adik beradik muka memang lain2


ok tu jer untuk raya pertama


 ni rumah last tuk raya pertama
kalau ikutkan banyak lagi nak terjah
sempat 6 buah rumah jer

budak2 kecik dah tumbang dah
mak pak pun energy makin susut

sapa suruh melantak aje kejenya
perut penuh.. mata pun nak tutup lah


nanti kita jumpa untuk raya kedua pulak yer

bye

=)


No comments:

Post a Comment