Followers

Thursday 12 May 2016

:: cerita kedai spek :: pelanggan





sorang adik manis datang masuk kedai

lepas greeting sikit2 saya tanya la dia apa boleh saya bantu
nak buat pemeriksaan mata atau nak buat spek

adik manis : "nak tengok2 jer dulu"

ok, saya bagi dia pusing tengok
biasanya kalau cust nak survey dulu memang saya akan bagi masa sikit kat diorang
biar jer dia buat hal sdiri
tapi dalam masa yang sama saya on stanby
atau akan cakap "ok, cik tengok tengok dulu yer, kalau ada apa2 boleh panggil saya"

biasa kalau kita membeli pun kita x suka orang follow rapat jer kan
ibarat macam kita nak mencuri
bagi masa dulu
tapi make sure jangan ignore lama sangat
sampai nak tanya pun kena panggil 2 3 kali
sebagai penjual kita kena proaktif la sikit

pelanggan ni kalau dia dah masuk survey maknanya dia dah ada sikit intention tuk membeli barang kita
jadi kita kena ambik langkah tuk jual barang kita

lepas 3-5 minit dah boleh approach diorang balik
masa ni boleh buat history taking dulu
tanya apa yg dia suka, ciri2 macam mana yg dia cari
berikan 1 2 sample yg dia boleh cuba

once dia dah cuba,
kita perlu analyse mana yang paling sesuai
kemudian suggest la mana yg patut

suggestion tu haruslah yg logik akal
jangan tau nak jual yg paling mahal jer
suggest berdasarkan history taking yg kita buat awal td

pernah pakai spek ke x? kerja? ciri2 n jenis yg dia suka, bentuk muka, saiz 
kalau awak optom, u should know

akhir sekali, baru la bgtau apa yg terbaik yg kita boleh offer kat dia
termasuk dari segi harga dan sebgainya

dan tolonglah jangan over sangat
disebabkan nak naikkan jualan
pegi suggest benda yg x diperlukan orang tu

contoh 1:jual bingkai warna dah la striking pastu besar gedabak gaya k-pop pulak untuk orang keje sebagai peguam
peguam biasanya formal kan.. terlibat urusan rasmi
x kena gaya..x sesuai 

contoh 2: jual kanta blue coat untuk makcik yg keje tanam sayur
dengan alasan mak cik tu ada guna henfon
memang la guna henfon tapi time dia nak telpon anak atau angkat call jer
sms pun x pandai apatah lagi nak main fesbuk
berapa saat jer pun
x berbaloi untuk dia..kesian tau
walaupun dia mampu n tak kisah bayar harga berapa pun



[info] 

kanta blue coat @ blue control lens adalah kanta untuk menapis gelombang cahaya biru dari masuk mata kita
kebiasaan paling banyak cahaya biru ni dari gadjet kita,, screen smartphone, tablet, laptop, computer or apa apa digital device yg guna screen/display
cahaya biru ni pulak kalau kita terdedah terlalu lama dia ada kesan dia
antara kesan jangka pendek
- insomnia
- migrain
- kabur

antara kesan jangka panjang pulak boleh cepatkan proses penuaan n kerosakan saraf mata, katarak dan sebagainya.. banyak lagi side effect lain.. boleh google n rujuk sumber ynag sahih

moral of the story : cari lah optometrist yang boleh bagi consultation n penerangan jelas


No comments:

Post a Comment