Followers

Tuesday 19 March 2013

pengalaman di MAB


entry ni akan berayat skema sikit sebab ni saya buat draf untuk laporan
saje2 letak kat sini sebagai langkah keselamatan
takut fail corrupt kalau save kat latop jer
almaklum ler.. latop sarang virus
daripada naya kena wat skali lagi
baiklah amik langkah pencegahan

*
*
*
*
*


  Sepanjang tempoh lawatan yang dilakukan, terdapat pelbagai perkara yang dapat kami ketahui dan pelajari. Lawatan kami ini dibantu oleh Timbalan Pegawai Perhubungan Korporat MAB yang dikenali sebagai Cik Siti. Beliau telah menerangkan pelbagai perkara tentang MAB bermula dari sejarah penubuhan, fungsi, dan perkhidmatan serta bantuan yang disediakan. Sesuatu yang menarik perhatian kami di sini ialah tentang Cik Siti itu sendiri. Walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan sejak dari kecil, namun beliau mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Hal ini sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada kami sebagai pelajar.

  Pertama, lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang bertempat di bilik mesyuarat. Semasa taklimat ini, kami  telah diterangkan tentang sejarah penubuhan MAB. Pada mulanya MAB ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan  pada 1951, kemudian ia diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dana yang diterima adalah daripada sumbangan pihak-pihak persendirian dan juga derma dari masyarakat. Kemudian, sesi diteruskan dengan demo dari Cik Siti tentang cara-cara yang betul untuk membantu OKU penglihatan dari segi mobiliti. Contohnya cara untuk melintas jalan atau menunjukkan arah ke sesuatu tempat. Sebelum memberi bantuan, kita hendaklah memperkenalkan diri dan menanyakan jika mereka memerlukan bantuan. Kemudian tanyakan arah tujuan yang mereka ingin pergi. Biarkan mereka memegang siku orang yang memberi bantuan, dan hendaklah berjalan selangkah mendahului mereka. Berjalanlah seperti biasa dengan penuh yakin. Jika terdapat sebarang halangan, hendaklah diberitahu dengan jelas. Selain itu, kami turut belajar cara memberi bantuan di meja makan, membuka pintu, cara masuk kereta dan sebagainya. Semua ini merupakan ilmu baru yang sangat bermanfaat bagi kami.

  Kedua, seterusnya kami dibawa melawat ke ‘Low Vision Resource Centre’. Fungsi pusat ini adalah sebagai tempat perkhidmatan pemeriksaan penglihatan dan kesihatan mata. Terdapat bilik khas yang disediakan untuk Optometris. Di situ juga disediakan alat-alat bantuan untuk penglihatan terhad seperti CCTV, kanta pembesar, teleskop, kacamata untuk membaca dekat, dan sebagainya. Pusat ini juga turut menjadi pembekal dan penjual alat-alat penglihatan terhad ke seluruh negara. Pusat ini turut memberi khidmat kaunseling serta latihan penggunaan alatan penglihatan terhad dengan betul.

  Ketiga, kami dibawa melawat ke perpustakaan iaitu ‘MAB Library And Braille Resource Centre’. Fungsi perpustakaan ini adalah mengeluarkan,memberi khidmat pinjaman serta menjual buku-buku berbentuk braille. Selain itu, ia turut memberi khidmat pinjaman, membaik pulih serta menjual mesin braille. Selain daripada para peminjam datang sendiri untuk membuat pinjaman, perpustakaan ini turut memberi khidmat pinjaman melalui pos secara percuma.

  Keempat, tempat lawatan seterusnya ialah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta siberkafe. Pusat ini berfungsi untuk memberi perkhidmatan capaian internet serta memberi tunjuk ajar dan latihan kepada OKU penglihatan untuk menggunakan komputer. Pusat ini turut menyediakan khidmat membaik pulih alat-alatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Selain itu, pusat ini juga adalah sebagai penjual dan pembekal perisian komputer seperti JAWS dan lain-lain ke seluruh negara termasuk pejabat kerajaan, syarikat-syarikat dan juga sekolah. Kami juga mendapat ilmu baru di sini iaitu cara menggunakan perisian yang terdapat dalam telefon pintar (Android) untuk kegunaan OKU penglihatan.

Di samping itu, pusat dan perkhidmatan lain yang terdapat di MAB yang tidak sempat dilawat oleh kami ialah ‘Gurney Training Centre For The Blind’ yang berfungsi sebagai pusat pendidikan, rehabilitasi, dan latihan vokasional. Selain itu, terdapat juga Pusat Kraftangan dan Rotan yang berfungsi untuk melatih cara-cara membuat kraftangan serta memasarkannya. Pusat-pusat lain yang bukan terletak di MAB Kuala Lumpur ialah ‘Communitty-based Rehabilitation For The Rural Blind’ yang terdapat di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Assistance To Blind Children(ABC) Day Care Centre juga terdapat di Klang serta Kota Bharu.






itu saje..
kbye..

=]

No comments:

Post a Comment